KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sama sekali tidak bersikap berat sebelah kerana sering menjadikan ulama tersohor Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi dan karya pemikir Islam itu sebagai rujukan sejak zaman muda beliau sehingga kini.